Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 10,000 set data bagi Zon Tengah dan Timur

MAMPU telah mengadakan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sepuluh Ribu Set Data Bagi Zon Tengah dan Utara yang bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan bagi membantu kementerian/agensi mencapai KPI di samping menghasilkan set data berkualiti. Sesi libat urus untuk zon tengah telah diadakan pada 6 Mac 2018 bertempat di Blok B2, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Suhazimah binti Dzazali. Manakala sesi libat urus untuk zon utara telah diadakan pada 2 April 2018 di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman. Majlis bagi zon utara telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU dan turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din.

#jomkongsidata
#digitalforall

  

 Ucapan Perasmian Majlis Sesi Libat Urus KPI Zon Tengah Oleh YBrs. Dr. Suhazimah binti Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU

Suasana Sepanjang Majlis Sesi Libat Urus Zon Tengah

Ucapan Perasmian Majlis Sesi Libat Urus bagi Zon Utara olehYBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU

mohdhelmi Author